01 March 2012

Keputusan Mala Nasohah 1st Giveaway 2012 diumumkan!

Assalamaualaikum

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..saya mengumumkan 3 pemenang Mala Nasohah 1st Giveaway 2012 yang telah dianjurkan pada 29Jan-29Feb lepas. Sebelum tu...preview hadiah lagi skali..hehe

Dan....inilah pemenangnya...

Tempat pertama
http://alongnidar.blogspot.com/2012/02/mala-nasohah-1st-giveaway-contest-2012.html
 Besh..ada sajak..lagu..mutiara kata..Thanks Kak Nida
Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu ...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.


Tempat kedua
http://shoties-one.blogspot.com/2012/02/mala-nasoha-1st-giveaway-contest.html
Thanks Yuyu...Kata-kata yang menariksss sgt :)
  • Jangan pernah ragu bahawa Allah selalu berikan yang terbaik untuk kita semua . Walaupun dengan cara yang berbeza tetapi ianya tetap sama dimata-Nya . Jika masalah kita terlalu berat untuk kita , itu bermakna Allah percaya dengan kemampuan kita untuk menyelesaikannya :-)
  • Bermimpilah tentang apa yang kamu inginkan , pergilah ketempat-tempat yang kamu inginkan . Jadilah seperti yang kamu inginkan , kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan perkara yang kamu inginkan :-)
  • Kegagalan bukanlah bermakna kita seorang yang bodoh mencuba , ia bermakna kita mempunyai keberanian untuk melihat apa yang kita tidak dapat lakukan :-)


Tempat ketiga
http://azeanfuad.blogspot.com/2012/02/mala-nasohah-1st-giveaway-contest-2012.html
Hidup ini ibarat restoran,anda hanya perlu membuat tempahan dengan betul apa yang anda ingin makan dan apa yang anda ingin itulah yang akan sampai.Anda mahu sedih? Lagi banyak 'menu' kesedihan yang sampai. Impikanlah kebahagiaan, sihat, kaya, berjaya dan keberkatan, insya-Allah itulah yang datang.


Tertarik dan terpikat dengan jalinan mutiara kata yang mereka tulis dalam entry mereka. Peserta -peserta lain pun memberikan kata-kata semangat yang sangat positif kepada saya. Alhamdulillah dan Terima Kasih semua yea :)
*Jangan lupa emailkan nama penuh, alamat dan no telefon ke malanasohah@gmail.com untuk tuntutan hadiah.
7 hari 7 malam termasuk ari cuti saya akan tunggu details pemenang dalam email ok..Tekiu..Dengan ini, secara rasminya Mala Nasohah 1st Giveaway 2012 dah abisss. InsyaAllah akan ada kali kedua nanti..:)

5 comments

Walaupun saya tak menang, tp saya nak gtau. Rasanye tarikh tu salah Hihi. Congrats kepada mereka

March 01, 2012

@Nadratul Syazwana
Hihi..aah lah. saje nak uji kecekapan mata.hehe. Thanks to u and all sbb sudi join yea.
Tggu 2nd GA nnt :)

March 01, 2012

mmg hebat2 pun ayt nye...heee....congrates...

March 02, 2012

Alhamdulillah.. syukur... gembira sesangat ni.

Terima kasih tidak terhingga buat Mala. Kak Nida dah sent details, harap selamat diterima (kalau belum check di spam ye..:) )

Tahniah juga buat para pemenang :)

March 02, 2012

tahniah buat pemenang..;)
k.nida mmg kreatif le, bgusss..:)

March 03, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy