22 December 2011

iPhone 4S>> Gadget Idaman?

Bila orang cerita-ceriti pasal iPhone 4s ni..leh ternganga mulut sekejap dibueknyer.Memang salute ngan syarikat Apple yang bersusah-payah keluarkan gadget hebat macam ni. Kat Malaysia, baru rasmi  pada hari Jumaat yang lepas dan dilancarkan oleh 3 syarikat komunikasi terbesar iaitu Digi, Maxis dan Celcom.

IPhone 4s boleh dibeli secara online daripada Apple Store dan pengguna hanya perlu ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan pelan yang bersesuaian.Tapi kadang-kadang mereka mengenakan kontrak yang lama 12 bulan , kadang-kadang 24 bulan. Tempoh ikat kontrak yang lama tu lah membuatkan pengguna perlu membuat pilihan terbaik untuk jangka masa panjang.. Pengguna yang membeli iphone 4s ni bukan jer beli untuk buat panggilan, SMS. MMS, tapi untuk internet, e-mail, laman sosial dan sebagainya. Contoh jika kiter ni jenis individu yang suka buat panggilan banyak ke Celcom, Pelan Celcom adalah satu kelebihan besar sebab mereka menawarkan sehingga 6000 minit panggilan yang digabungkan dalam rangkaian mereka.


Aspek lain yag perlu dipertimbangkan untuk memilih pelan yang terbaik adalah harga dan kos pemilikan. Sebelom sign kontrak pembelian, kita perlu ambil kira aspek seperti kualiti liputan coverage, prestasi, customer service dan suara yang berbeza pada setiap rangkaian yang kiter pilih. Untuk rujukan, pelan yang ditawarkan mengikut data seperti 16Gb, 32Gb dan 64Gb.





Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy